PRU13: PAS umum calon di Sabah | Tempatan | News | News Mylaunchpad
TAWAU, (Bernama) - PAS nampaknya enggan menunggu keputusan pemimpin pakatan rakyat dalam menamakan calon yang akan bertanding di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Ketika Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memuktamadkan senarai calon parti itu di Sabah berikutan pertindihan permintaan untuk beberapa kerusi tertentu di kalangan pakatan pembangkang, PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di dua kawasan parlimen dan sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu mempertaruhkan bekas Pesuruhjaya PAS negeri Hamzah Abdullah di Parlimen Batu Sapi manakala Ketua Pemuda Kalabakan Usman Madeali bagi Parlimen Kalabakan.
Beliau mengumumkan nama-nama calon parti itu di Sabah selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa calon di Pejabat Perhubungan PAS di sini.
Anwar pada sidang akhbarnya di Kota Kinabalu semalam berkata: "Keputusan mengenai pemilihan calon diputuskan oleh pemimpin-pemimpin parti pakatan pembangkang di negeri ini".
Pakatan pembangkang di negeri ini dianggotai PKR, DAP, PAS dan dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Wilfred Bumburing dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukin.
Pada pilihan raya lepas, PAS tidak meletakkan calon bagi kerusi Parlimen, manakala dua calon yang diturunkan untuk kerusi DUN iaitu Sukau dan Merotai tewas.
Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan dua calon wanita untuk kerusi DUN iaitu Danseh Queck@Karman (Pitas) dan Fatmawati Mohd Yusuf (Tanjung Batu) manakala tujuh lagi ialah calon lelaki iaitu Awang Laiman Ikin@ Abang (Tampasuk), Hamid Ismail (Tanjung Aru), Ahdah Sulaiman (Sukau), Kasman Karate (Kunak), Hasai Tudai (Bugaya), Ahmad Dullah (Merotai) dan Daud Jalaluddin (Sebatik).
Sementara itu, Lajim pada sidang akhbar di sini hari ini berkata PPS diperuntukkan sekurang-kurangnya empat kawasan Parlimen dan 14 kerusi DUN, dan calon parti itu akan bertanding atas tiket PKR.
"Bagaimanapun, kemungkinan dua daripada calon dari PPS akan menggunakan lambang PAS iaitu mungkin di Bugaya dan Sukau," kata Lajim sambil membayangkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias.
Lajim berkata senarai penuh calon Parlimen akan diumum oleh Anwar manakala calon-calon DUN khususnya PKR akan diumum selewat-lewatnya Selasa.
Di Jerantut, Pahang, PAS negeri itu mengemukakan dua muka baharu dan mengekalkan seorang muka lama sebagai calonnya di kawasan Parlimen Jerantut.
Ahli Majlis Syura PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu akan menamakan calon muda Yohanis Ahmad, 35, di DUN Pulau Tawar, Zakuan Ahmad Badaruddin, 34, di DUN Tahan dan mengekalkan Dr Hamzah Jaafar, 48, di kawasan Parlimen Jerantut.
Sunday, 14 April 2013
Wednesday, 10 April 2013
Radio Suara Rakyat FM: Gambar Menarik : T.G Nik Aziz Mengadap Sultan Kela...
Radio Suara Rakyat FM: Gambar Menarik : T.G Nik Aziz Mengadap Sultan Kela...: YAB Tuan Guru mengadap KDYMM Sultan Kelantan, turut hadir ialah YAM Tengku Mahkota Kelantan. — diISTANA NEGERI,KUBANG KERIAN,KOTA BHA...
Ibrahim Ali pertahan kerusi parlimen Pasir Mas | Tempatan | News | News Mylaunchpad

KOTA BAHARU, (Bernama) - Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12).
"Atas tiket apa saya akan bertanding itu tunggulah hari penamaan calon atau sebelum hari itu. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi, tunggulah saya akan umumkan," katanya ketika membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata sekiranya beliau dipilih bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), sudah tentu ia merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang mahu terus berbakti kepada pengundi Pasir Mas. Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan di Putrajaya bahawa hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon ialah 20 April.
Ia susulan pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas. Ibrahim berkata beliau telah membuat persiapan untuk terus menabur bakti kepada warga Pasir Mas yang menurutnya mahu beliau terus mewakili mereka.
Sehubungan itu, beliau akan ''bercuti'' daripada menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mulai hari ini hingga tamat PRU-13, dan tugas itu akan dipangku timbalannya, Datuk Abdul Rahman Bakar.
Sebagai rekod, pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS menang kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991 undi.

GE13: Nomination April 20, polling May 5 | Local English | News | News Mylaunchpad

PUTRAJAYA, (MLP) - Malaysians will go to the polls on Sunday May 5 in the 13th General Election, the Election Commission (EC) announced today.
Nomination has been set for April 20, EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said.
The meeting held at the EC headquarters in Putrajaya also decided on the date for advance voting which is April 30 and determined the electoral roll for the general election.
RM400 million has been allocated for the GE13, which is by far the most expensive general election to date.
Registered voters can check their voting centers through SMS by typing ‘SPR SEMAK I.C. Number’ and sending it to 15888 from 15 April 2013 and onwards.
For various telcos, additional services are available by typing ‘SPR I.C.Number’ to the following numbers:
Celcom - 29292
Maxis – 22789
Digi – 33080
Lastly, you may also contact the Election Committee Headquarters at +603 - 8885 6565.

PRU13: Calon PAS ke luar Kelantan | Local English | News | News Mylaunchpad

UALA LUMPUR, (Bernama) - Adakah langkah PAS menamakan tiga tokoh parti itu untuk bertanding di luar Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggambarkan mereka sudah hilang keyakinan boleh menang di negeri itu, atau Kelantan dan negeri pantai timur sudah tidak lagi menerima mereka?
Perkara ini menjadi tanda tanya apabila Presiden PAS mengumumkan sejumlah nama calon parti itu untuk PRU13 di sini hari ini.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang pada pilihan raya umum 2008 ditolak oleh pengundi kawasan Parlimen Kuala Terengganu dinamakan sebagai calon PAS untuk kawasan Parlimen Pendang di Kedah; manakala Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, akan bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya, kubu kuat Barisan Nasional.
Salahuddin Ayub pula yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dinamakan calon di satu lagi kubu kuat BN iaitu kawasan Parlimen Pulai, di Johor, yang pada pilihan raja umum 2008 dimenangi oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti selesa 20,449 undi. Muslihat PAS sukar diduga, tetapi sebilangan pihak mengatakan bahawa peralihan Husam ada kaitan dengan khabar-kabar angin bahawa beliau berdepan dengan masalah hubungan tidak baik dengan pihak Istana Kelantan.
Bagi Mat Sabu, yang bakal mencuba nasib untuk kali kelapan dalam pilihan raya umum, peralihan beliau ke Pendang dilihat sebagai usaha PAS untuk memberinya kerusi selamat.
Kerusi Pendang dimenangi oleh Mohd Hayati Othman dari PAS dengan majoriti 4,073 undi pada pilihan raya umum 2008.
Pihak media menunggu hampir dua jam sebelum Abdul Hadi membuat pengumuman senarai calonnya itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung parti itu.
Abdul Hadi sendiri akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang, Terengganu, manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka, untuk kali kelima.
Kecuali pengumuman pencalonan Nik Abdul Aziz, yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, kesemua nama calon lain PAS diumumkan oleh Abdul Hadi.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena, Kedah, manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis di Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, yang merupakan muka baru akan bertanding di kawasan Parlimen Larut, Perak.
Dua lagi muka baru iaitu pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Terengganu (Amanah) Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dinamakan sebagai calon di kawasan Parlimen Kuala Terengganu manakala penyanyi popular 90-an Wan Aishah Wan Ariffin calon kawasan Parlimen Jempol.
Bercakap di sidang akhbar itu, Husam yang mengaku menjadi ''calon payung terjun'' di PRU13, menyifatkan pertandingannya kali ini sebagai suatu tugas berat kerana bakal berhadapan penyandang kerusi Parlimen Putrajaya iaitu Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang disifatkannya seorang pemimpin yang sangat hebat.
Pengumuman mengenai beberapa calon India dan Cina dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) serta calon-calon lain termasuk calon Muslimat PAS akan diumumkan pada suatu masa lain yang tidak dinyatakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)